Tuesday, August 18, 2009

Start blogging; Step-by-step, A pictorial guide


Sudah lama saya tidak update-kan blog ini kerana saya dapati terlalu laman web dan blog sekarang ini yang memberi panduan yang serupa.

Bagaimanapun untuk posting kali ini saya sertakan presentation slides yang saya kerap gunakan apabila dijemput mengajar kursus untuk membuat blog.

Klik di sini untuk dapatkannya.

lukmanw@uum.edu.my
http://manafaatblog.blogspot.com

Tuesday, January 20, 2009

Manafaatkan blog ini


Manafaatkan blog ini

Walaupun saya ”terjarang-jarang” mengemaskinikan blog ini, saya pasti blog ini akan menafaatkan pengujung yang ingin memulakan blog mereka sendiri.

Salah seorang daripada mereka ialah Anjang dengan blognya;
http://langgas.blogspot.com/

Wednesday, October 8, 2008

Grafik mengikut tema perayaan


Grafik mengikut tema perayaan

Sebelum ini hanya perayaan-perayaan yang disambut di Barat sahaja banyak tersedia grafik-grafik untuk dimuat turun dalam blog atau laman web anda. Tetapi di Pixel Code Graphic terdapat tema perayaan-perayaan yang disambut di Malaysia.

Selamat mencuba

Monday, October 6, 2008

Pusat Kecantikan Blogspot & Wordpress

Satu lagi panduan "mencantikkan" blog anda iaitu BLOG MENJERIT. Laman ini boleh dilawat di http://blogmenjerit.com/

Wednesday, September 3, 2008

Wednesday, July 9, 2008

Tambah imej (gambar) dan tatacara

Tambah imej (gambar) dan tatacara

Seorang penghujung blog saya meminta nasihat mengenai penambahan gambar pada blognya yang dikatakan bersaiz besar.

Saya tidak pasti sama ada dia bermaksud saiz gambar (kb) yang di-uploadnya besar atau saiz gambar yang tersiar dalam blognya bersaiz besar.

Berikut adalah tatacara untuk menambah imej; (jika menggunakan blogspot)

1. Browse imej yang ingin di-upload.
2. Guna arahan “Add another image” jika ingin upload imej lebih dari satu secara serentak. Hanya 5 imej dibenarkan serentak. Jika server anda perlahan, lebih baik upload satu-demi-satu.
3. Sekiranya imej disimpan dalam laman web storage lain, masukkan alamat URL dalam kotak ini.
4. Guna arahan “Choose a layout” untuk menetapkan kedudukan imej anda.
5. Guna arahan arahan “Image size” untuk pilihan saiz imej anda. Klik petak ‘Use this layout every time?”, jika anda hendak mengekalkan layout yang sama dalam posting anda yang akan dating.
6. Akhir sekali klik, “Upload image”. Selesai.

Untuk me-reduce-kan saiz gambar (kb) rujuk posting sebelum ini.

Anda juga boleh merujuk di sini (klik di sini) sebagai panduan tambahan.

Monday, July 7, 2008

Genap setahun dan mula menuai hasil

Genap setahun dan mula menuai hasil

Pada 25 Jun lalu genaplah setahun saya memblog. Bermula dengan satu blog; The Journey, pada 25-Jun-2007, saya berpindah kepada dua blog iaitu; OSH The Journey, OSH, dan Orang Kecil Orang Besar, OKOB pada 17-Mac-2008.

Kemudian respons daripada kekawan alumni, saya terbitkan satu lagi blog; Izzuddin 8084. Juga respons dari kenalan terutama yang baru belajar memblog, saya terbitkan blog khas panduan memblog iaitu; Manafaat Blog.

Pada bulan lepas juga kali pertama saya mendapat Cek Bayaran dari Nuffnang. Saya tidak pasti sama ada bayaran itu berdasarkan penghujung dari kedua-dua blog OSH dan OKOB atau hanya salah satu darinya. Ini kerana hanya blog OSH dan OKOB saya daftarkan dalam Nuffnang.

Walaupun sekadar bayaran asas, saya menganggapnya sebagai penghargaan kepada usaha saya memblog.

Terbaru pada 5-Jul-2008, saya menerima email dari Nuffnang memaklumkan Digi telah memilih Blog OSH untuk pengiklanan produk mereka selama seminggu dari 27-Jul-2008 hingga 2-Ogo-2008.

Sebenarnya sebelum ini Blog OSH agak perlahan dan suram penghujungnya jika dibandingkan dengan Blog OKOB. Mungkin kandungan Blog OSH agak akademik menyebabkan ianya menjadi tumpuan kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Bagaimanapun kebelakangan ini penghujungnya mula meningkat dan kehadiran beberapa penghujung kerap dari luar negara seperti Amerika, Jerman, Australia, Jepun, Hongkong, Singapura dan Indonesia telah meningkatkan lagi jumlah penghujungnya.

Ini adalah catatan bilangan penghujung sehingga hari ini;

Blog OSH; 3,169 penghujung dengan 103 posting.
Blog OKOB; 3,986 penghujung dengan 156 posting.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penghujung yang telah, sedang dan akan menghujungi mana-mana blog milik saya.

Apa yang baik jadikan teladan.
Apa yang buruk jadikan sempadan.
Manafaatkan setiap kunjungan anda.


lukmanw@uu.edu.my


The Journey
(
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/)

OSH The Journey, OSH
(
http://oshthejourney.blogspot.com/)

Orang Kecil Orang Besar, OKOB
(
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/)

Izzuddin 8084
(
http://izzuddin8084.blogspot.com/)

Manafaat Blog
(
http://manafaatblog.blogspot.com/).

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.