Monday, July 7, 2008

Genap setahun dan mula menuai hasil

Genap setahun dan mula menuai hasil

Pada 25 Jun lalu genaplah setahun saya memblog. Bermula dengan satu blog; The Journey, pada 25-Jun-2007, saya berpindah kepada dua blog iaitu; OSH The Journey, OSH, dan Orang Kecil Orang Besar, OKOB pada 17-Mac-2008.

Kemudian respons daripada kekawan alumni, saya terbitkan satu lagi blog; Izzuddin 8084. Juga respons dari kenalan terutama yang baru belajar memblog, saya terbitkan blog khas panduan memblog iaitu; Manafaat Blog.

Pada bulan lepas juga kali pertama saya mendapat Cek Bayaran dari Nuffnang. Saya tidak pasti sama ada bayaran itu berdasarkan penghujung dari kedua-dua blog OSH dan OKOB atau hanya salah satu darinya. Ini kerana hanya blog OSH dan OKOB saya daftarkan dalam Nuffnang.

Walaupun sekadar bayaran asas, saya menganggapnya sebagai penghargaan kepada usaha saya memblog.

Terbaru pada 5-Jul-2008, saya menerima email dari Nuffnang memaklumkan Digi telah memilih Blog OSH untuk pengiklanan produk mereka selama seminggu dari 27-Jul-2008 hingga 2-Ogo-2008.

Sebenarnya sebelum ini Blog OSH agak perlahan dan suram penghujungnya jika dibandingkan dengan Blog OKOB. Mungkin kandungan Blog OSH agak akademik menyebabkan ianya menjadi tumpuan kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Bagaimanapun kebelakangan ini penghujungnya mula meningkat dan kehadiran beberapa penghujung kerap dari luar negara seperti Amerika, Jerman, Australia, Jepun, Hongkong, Singapura dan Indonesia telah meningkatkan lagi jumlah penghujungnya.

Ini adalah catatan bilangan penghujung sehingga hari ini;

Blog OSH; 3,169 penghujung dengan 103 posting.
Blog OKOB; 3,986 penghujung dengan 156 posting.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penghujung yang telah, sedang dan akan menghujungi mana-mana blog milik saya.

Apa yang baik jadikan teladan.
Apa yang buruk jadikan sempadan.
Manafaatkan setiap kunjungan anda.


lukmanw@uu.edu.my


The Journey
(
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/)

OSH The Journey, OSH
(
http://oshthejourney.blogspot.com/)

Orang Kecil Orang Besar, OKOB
(
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/)

Izzuddin 8084
(
http://izzuddin8084.blogspot.com/)

Manafaat Blog
(
http://manafaatblog.blogspot.com/).

1 comment:

aeiou260199038 said...

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penghujung yang telahbatterie
labatterie
r4 ds sedang dan akan menghujungi mana-mana blog milik saya.

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.