Wednesday, July 9, 2008

Tambah imej (gambar) dan tatacara

Tambah imej (gambar) dan tatacara

Seorang penghujung blog saya meminta nasihat mengenai penambahan gambar pada blognya yang dikatakan bersaiz besar.

Saya tidak pasti sama ada dia bermaksud saiz gambar (kb) yang di-uploadnya besar atau saiz gambar yang tersiar dalam blognya bersaiz besar.

Berikut adalah tatacara untuk menambah imej; (jika menggunakan blogspot)

1. Browse imej yang ingin di-upload.
2. Guna arahan “Add another image” jika ingin upload imej lebih dari satu secara serentak. Hanya 5 imej dibenarkan serentak. Jika server anda perlahan, lebih baik upload satu-demi-satu.
3. Sekiranya imej disimpan dalam laman web storage lain, masukkan alamat URL dalam kotak ini.
4. Guna arahan “Choose a layout” untuk menetapkan kedudukan imej anda.
5. Guna arahan arahan “Image size” untuk pilihan saiz imej anda. Klik petak ‘Use this layout every time?”, jika anda hendak mengekalkan layout yang sama dalam posting anda yang akan dating.
6. Akhir sekali klik, “Upload image”. Selesai.

Untuk me-reduce-kan saiz gambar (kb) rujuk posting sebelum ini.

Anda juga boleh merujuk di sini (klik di sini) sebagai panduan tambahan.

2 comments:

Anonymous said...

penerangan anda mudah difahami.teruskanlah usaha anda kerana ramai lagi yang ingin tahu hal-hal seperti ini

aeiou260199038 said...

Teruskanlah usaha anda kerana ramai batterie
labatterie
r4 dslagi yang ingin tahu hal-hal seperti ini.

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.