Peralatan memblog. Bhg. 1
Ada blog yang hanya memuatkan teks, tetapi masih mampu menarik minat ribuan penghujung setiap hari.
Kata orang; A Picture's Worth a Thousand Words. Posting yang mempunyai gambar lebih menceriakan. Malah sekeping gambar kadang-kala tidak memerlukan apa-apa perkataan untuk menyiratkan apa yang tersurat.
Untuk mengambil gambar, saya biasanya menggunakan kamera digital (saya ada 3 kamera digital!) yang di-set-kan untuk menghasilkan gambar bersaiz kurang dari 200kb. Bagaimanapun saiz gambar sebesar ini hanya sesuai untuk posting dalam blog dan kurang sesuai untuk cetakan.
Anda boleh menetapkan saiz yang lebih besar tetapi memerlukan program khas untuk kecilkan (resize) gambar tersebut.
Sekiranya anda seorang yang mementingkan ”gambar yang mampu bercakap sendiri”, anda memerlukan kamera SLR yang boleh memokuskan dan menge-zoom benda atau pemandangan yang hendak diambil.
Gambar 1, 2 dan 3 diambil menggunakan kamera digital 3 x zoom awal tahun dahulu. Gambar 1 diambil di Kuala Selangor. Gambar 2 dan 3 di Kedah. Saya ingin mengambil gambar burung ini sedekat mungkin tetapi apabila saya cuba menghampirinya, mereka akan terbang. Akhirnya gambar-gambar ini hanya tersimpan dalam folder storage saya.
Baru-baru ini saya menghujungi laman Jurnal Foto iaitu; Photo Kita. Antara photo yang ada ialah gambar burung yang saya ingin ambil ini. Saya menyiarkan semula setelah mendapat keizinan pemilik Jurnal Foto ini.
Anda boleh bandingkan sendiri bagaimana keindahan Gambar 4 jika dibandingkan dengan Gambar 1, 2 dan 3.

Saya kurang arif mengenai aspek-aspek kamera ini. Banyak laman khusus mengenai cara-cara mengambil gambar dan tips & tricks yang sering saya kunjungi. Malah saya juga bercadang untuk membeli sebuah kamera SLR.
No comments:
Post a Comment