Tuesday, June 17, 2008

Peralatan Memblog, Bhg. 3

Yang mana satu bukan warna merah


Merah Ferrari dengan Hitam Ferrari

Peralatan Memblog, Bhg. 3

Gambar hitam putih

Banyak Jurnal Photo atau laman web photo yang menggunakan gambar hitam putih. Dengan kreatifan yang tinggi, gambar permandangan hitam putih akan menceritakan sehingga ke horizon dunia.

Saya amat teringin untuk mengambil gambar hitam putih. Semasa bersekolah menengah dahulu, saya sempat belajar cara mencuci filem di ”dark room” yang menghasilkan gambar hitam putih.

Terdapat banyak software yang boleh menukar gambar warna ke hitam putih yang pernah saya gunakan.

Bagaimanapun hanya minggu lepas saya mengetahui bagaimana untuk mengambil gambar terus dari digital kamera dalam bentuk hitam puteh.

Terima kasih kepada sdr. Aziz dari;
http://luqmanaziz.fotopages.com/. Semuanya ada dalam kamera digital anda, dalam arahan MENU, dan COLOR OPTIONS.

Terima kasih juga kepada teknologi digital.

Bukan sahaja gambar hitam putih, anda juga boleh menghasilkan gambar dalam mode;

1. Vivid colour,
2. Sepia, dan
3. Cyanotype.

Selamat mencuba.

lukmanw@uum.edu.my

*Hasil kreatifan Aziz juga boleh dilihat di The Foot Step Blog (http://thefootstep.blogspot.com)


MENU


COLOUR OPTIONS

No comments:

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.