Monday, June 30, 2008

Cara membuat link (URL Link)

Cara membuat link (URL Link)

Nampak gayanya sehari dua ini Cikgooden sibuk “menyolek” blognya. Antara yang baru dicubanya ialah membuat link (URL Link). Seorang kenalan blognya iaitu; Penyu Biru mencadangkan satu posting dari blog Carca-Marba untuk dijadikan panduan bagaimana untuk membuat link ini.

(Rujuk posting pada blog Carca-Marba untuk membuat link ini)

Sekadar tips tambahan;

1. Elakkan dari menaip alamat link (URL Link) dalam kotak “Enter a URL”, terutamanya jika alamat URL ini terlalu panjang.
2. Dengan menggunakan tetingkap lain (window), buka laman web yang hendak di-link-kan itu.
3. Highlight dan copy alamat URL pada ruangan sebelah kiri penjuru atas tetingkap browser laman web tersebut. Rujuk gambar di atas.
4. Kemudian paste dalam kotak “Enter a URL” ini.
5. Selamat mencuba.


Perlu bijak nilai maklumat dalam blog


Thursday, June 26, 2008

Paparan Waktu Solat

dengan default lokasi di Ipoh



Paparan Waktu Solat

Saya adalah salah seorang penghujung kerap laman Dr. Tokasid. Mesej “pop-up” berkaitan “html scrip” pada Waktu Solat yang muncul pada laman Dr. Tokasid ini amat mengganggu saya. Rujuk posting sebelum ini. Saya telahpun menghantar email kepada penyedia Waktu Solat ini iaitu www.waktusolat.net, memaklumkan kemungkinan terdapatnya kesilapan pada “html scrip” mereka.

Malam semalam saya terjumpa satu lagi gadget Waktu Solat yang disediakan oleh Al-Azim Dot Com. Saya terjumpa gadget ini di dalam sebuah blog yang merujuk saya ke laman Al-Azim Dot Com, sebuah portal dakwah dari Melaka.

Selain dari menyediakan “html scrip code” untuk di-copy-paste-kan, laman ini juga menyediakan panduan untuk mengubahsuaikan “html scrip code” ini supaya bersesuaian dengan lokasi pilihan kita.

Lokasi “default” dalam “html scrip code” tersebut adalah Bandar Melaka. Berpandukan panduan yang diberi, saya mengubah lokasi “default” dalam blog Izzuddin8084 saya ke Ipoh.

Selain dari itu terdapat juga panduan menukar “skin” colours & fonts serta paparan untuk potrait atau landscape

Bagaimanapun saya terpaksa membuat sedikit pengubahsuaian dari segi saiz (height & wide) untuk membolehkannya berada di tengah-tengah ruang yang ada.

Jutaan terima kasih kepada sdr. Roslan (
roslan@al-azim.com) atas usaha anda menyediakan gadget ini. Hanya Allah S.A.W sahajalah yang mampu membalas usaha anda ini.

Semoga kita sama-sama manafaatkan gadget ini.


Laman Al-Azim Dot Com, portal dakwah di Melaka


Blog Dr. Tokasid yang masih ada mesej "pop-up", kemungkinan terdapat kesilapan "html script code" pada gadget Waktu Solat

Tuesday, June 24, 2008

Kreatifkan mesej anda


Kreatifkan mesej anda

Selain dari hanya memaparkan mesej dan pesanan secara text, anda juga boleh memaparkannya dengan menggunakan rangka (frame) ataupun kotak. Terdapat pelbagai grafik menarik yang boleh di-up-load dari internet. Salah satunya ialah penggunakan rangka "buku nota kecil" ini.

Lawat laman "graphicscandgen.com" (http://www.itypeit.net/) untuk keterangan lanjut.

Monday, June 23, 2008

Peralatan Memblog, Bhg. 4

Standard Colour

Vivid Colour

Black and White

Sepia

Cyanotype

Wednesday, June 18, 2008

Banner



Banner

Selain dari logo tajuk blog, banner atau sepanduk juga penting untuk tujuan promosi atau periklanan sesama blogger dengan saling mempamerkan banner blogger-blogger lain di blog masing-masing

Di atas adalah tiga banner yang dibuat khas oleh rakan sekolah saya. Sebenarnya saya hanya baru berjumpa dengannya pada bulan lepas. Itupun hanya berjumpa di dalam blog dan berutus email. Belum berkesempatan bersua muka setelah berpisah pada tahun 1981.

Saya belum sampai ke tahap kekreatifan sebegini.

Insya-Allah saya akan belajar daripada beliau.

Saiful atau lebih dikenali dengan Shifu boleh dihubungi di;
shifu67@gmail.com. Blog beliau; Tersurat & Tersirat (http://tersurat-tersirat.blogspot.com/)

lukmanw@uum.edu.my

Nota: Blog Izzuddin8084 boleh dilawat di;
http://izzuddin8084.blogspot.com/. Gambar penulis berdiri kiri sekali, manakala gambar Saiful berdiri kanan sekali. Kami satu “dorm” semasa Tingkatan 1 dan 2.

Waktu pada blog perlu ikut GMT+8


Waktu pada blog perlu ikut GMT+8

Saya menerima email bertanyakan cara menukar waktu pada blog agar mengikut waktu semasa Malaysia.

Dalam salah satu posting sebelum ini saya ada menerangkan cara menukar waktu pada “shoutbox” tetapi lupa pula untuk menerangkan cara menukar waktu di dalam blog ini (perumah blogspot).

Mudah sahaja kalau ketahui caranya.

1. Masuk dalam ruangan SETTING.
2. Masuk dalam ruangan FORMATTING
3. Skroll turun TIMESTAMP FORMAT / TIME ZONE
4. Sehingga berjumpa (GMT+8.00) Kuala Lumpur
5. Kemudian klik SAVE SETTINGS

Selamat Mencuba

lukmanw@uum.edu.my

Mirror image

Mirror image

Kalau ada masa sengkang terutama di waktu malam sebegini, saya sering melawat laman-laman web terutama berkisar mengenai arts, photographic, travel dan motoring.

Contohnya seperti dalam blog Hazazi Gallery ini (http://thisartgallery.blogspot.com/), terdapat tutorial bagaimana untuk menghasilkan “Mirror image”. Ini sesuai untuk tajuk blog.

Selamat mencuba.

lukmanw@uum.edu.my

OSHE Bulletin, June 2008


Buletin OSHE, keluaran Jun 2008 hasil terbitan Prof. Madya Abdul Shukor ini adalah seperti salah satu penerbitan yang saya pernah usahakan di beberapa industri yang pernah saya bekerja dahulu.

Selain terbitan bercetak, buletin ini diedarkan juga sebagai softcopy (format MS Word) melalui kenalan-kenalan sesama Pengamal OSH.

Saya ada menyarankan kepada Prof. Madya Abdul Shukor agar manafaatkan blog sebagai medium untuk Bulletin OSHE ini. Bagaimanapun terbitan bercetak masih perlu terutama untuk edaran kepada pekerja-pekerja yang tiada kemudahan internet.

Berita lanjut mengenai OSHE Bulletin, klik di sini.

Tuesday, June 17, 2008

Peralatan Memblog, Bhg. 3

Yang mana satu bukan warna merah


Merah Ferrari dengan Hitam Ferrari

Peralatan Memblog, Bhg. 3

Gambar hitam putih

Banyak Jurnal Photo atau laman web photo yang menggunakan gambar hitam putih. Dengan kreatifan yang tinggi, gambar permandangan hitam putih akan menceritakan sehingga ke horizon dunia.

Saya amat teringin untuk mengambil gambar hitam putih. Semasa bersekolah menengah dahulu, saya sempat belajar cara mencuci filem di ”dark room” yang menghasilkan gambar hitam putih.

Terdapat banyak software yang boleh menukar gambar warna ke hitam putih yang pernah saya gunakan.

Bagaimanapun hanya minggu lepas saya mengetahui bagaimana untuk mengambil gambar terus dari digital kamera dalam bentuk hitam puteh.

Terima kasih kepada sdr. Aziz dari;
http://luqmanaziz.fotopages.com/. Semuanya ada dalam kamera digital anda, dalam arahan MENU, dan COLOR OPTIONS.

Terima kasih juga kepada teknologi digital.

Bukan sahaja gambar hitam putih, anda juga boleh menghasilkan gambar dalam mode;

1. Vivid colour,
2. Sepia, dan
3. Cyanotype.

Selamat mencuba.

lukmanw@uum.edu.my

*Hasil kreatifan Aziz juga boleh dilihat di The Foot Step Blog (http://thefootstep.blogspot.com)


MENU


COLOUR OPTIONS

Peralatan Memblog. Bhg. 2

Peralatan Memblog. Bhg. 2

Saya ada dua set peralatan memblog. Set pertama di rumah saya Taiping iaitu;

Hardware;
1. Dekstop dengan dial-up modem
2. Scanner
3. Multi Card Reader
4. Digital Cameras


Software;
1. ACDSee (untuk resize image)

Set kedua di bilik saya di Sintok iaitu;

Hardware;
1. Laptop dengan broadband, multi card reader dan webcam
2. Scanner (4-in-1 printer, copy, scanner, fax)
3. Digital Cameras


Software;
1. ACDSee (untuk resize image)

Ada kenalan saya yang membuat posting terus dari handphone. Dia mengunakan BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Saya belum sampai ke tahap ini.

lukmanw@uum.edu.my


Tuesday, June 10, 2008

Peralatan memblog. Bhg. 1





Peralatan memblog. Bhg. 1

Ada blog yang hanya memuatkan teks, tetapi masih mampu menarik minat ribuan penghujung setiap hari.

Kata orang; A Picture's Worth a Thousand Words. Posting yang mempunyai gambar lebih menceriakan. Malah sekeping gambar kadang-kala tidak memerlukan apa-apa perkataan untuk menyiratkan apa yang tersurat.

Untuk mengambil gambar, saya biasanya menggunakan kamera digital (saya ada 3 kamera digital!) yang di-set-kan untuk menghasilkan gambar bersaiz kurang dari 200kb. Bagaimanapun saiz gambar sebesar ini hanya sesuai untuk posting dalam blog dan kurang sesuai untuk cetakan.

Anda boleh menetapkan saiz yang lebih besar tetapi memerlukan program khas untuk kecilkan (resize) gambar tersebut.

Sekiranya anda seorang yang mementingkan ”gambar yang mampu bercakap sendiri”, anda memerlukan kamera SLR yang boleh memokuskan dan menge-zoom benda atau pemandangan yang hendak diambil.

Gambar 1, 2 dan 3 diambil menggunakan kamera digital 3 x zoom awal tahun dahulu. Gambar 1 diambil di Kuala Selangor. Gambar 2 dan 3 di Kedah. Saya ingin mengambil gambar burung ini sedekat mungkin tetapi apabila saya cuba menghampirinya, mereka akan terbang. Akhirnya gambar-gambar ini hanya tersimpan dalam folder storage saya.

Baru-baru ini saya menghujungi laman Jurnal Foto iaitu;
Photo Kita. Antara photo yang ada ialah gambar burung yang saya ingin ambil ini. Saya menyiarkan semula setelah mendapat keizinan pemilik Jurnal Foto ini.

Anda boleh bandingkan sendiri bagaimana keindahan Gambar 4 jika dibandingkan dengan Gambar 1, 2 dan 3.

Saya kurang arif mengenai aspek-aspek kamera ini. Banyak laman khusus mengenai cara-cara mengambil gambar dan tips & tricks yang sering saya kunjungi. Malah saya juga bercadang untuk membeli sebuah kamera SLR.

Blogger profesional dan beretika


Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.