Thursday, May 15, 2008

Gadget Waktu Sholat mengikut kawasan pilihan

Gadget Waktu Sholat mengikut kawasan pilihan.

Gadget ini saya pertama kali lihat di blog Dr. Tokasid tengah malam semalam, sebenarnya awal pagi jam 1.00. Seperti kebiasaan, jika saya tidak dapat melelapkan mata, saya buka internet.

Gadget ini boleh didapati dari Waktu Solat Net. Kelebihannya ialah membolehkan penghujung menukar kawasan waktu sholat dengan mengelik butang Tukar Kawasan.

Bagaimanapun saya telah mencuba gadget ini dan mendapati terdapat kesilapan kepada skripnya. Gadget ini boleh dipaparkan di halaman blog tetapi terdapat mesej yang akan pop-up apabila laman blog dibuka. Rujuk seperti gambar kedua.

Mungkin anda perlu tunggu sehingga skrip HTML Code ini diperbaiki semula oleh pengendali Waktu Solat Net.



No comments:

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.