Wednesday, May 14, 2008

Material untuk download

Material untuk download

Semasa saya menuntut di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di USM, seorang pensyarah saya dalam subjek Rekabentuk Kejuruteraan Berkomputer (ACAD) iaitu satu-satunya subjek yang saya suka (malah mampu mendapat markah tertinggi), telah menyediakan satu halaman web HTML untuk meletakkan semua nota dan tugasan untuk pelajar-pelajar. Saya difahamkan kini ramai pensyarah-pensyarah USM (dan juga UiTM) menggunakan blog sebagai tapak interaksi dengan pelajar-pelajar.

Minggu lepas saya mengajar dua kelas berbeza (kursus awam BCM dan kursus ERP untuk Safety and Health Officer) dengan tajuk kursus yang hampir sama. Ada beberapa nota tambahan dan juga presentation slide saya yang ingin diedarkan kepada peserta-peserta yang hadir. Saya menggunakan blog OSH saya sebagai tapak storage nota-nota tambahan ini.

1. Pergi ke laman blog yang menyediakan tapak storage yang berkenaan. Sebagai contoh laman blog OSH saya. Right click (mouse) pada tajuk nota tambahan yang dikehendaki.


2. Klik pada Save Target As. Jangan klik Open kerana ianya mengambil masa terutama jika anda menggunakan perkhidmatan dial-up.


3. Save in - dalam mana-mana folder atau thumbdrive anda. Dan klik Save.

4. Akhir sekali anda boleh buka file ini dari folder atau thumb drive anda. Biasanya saya menyimpan file-file dalam blog saya dalam file pdf untuk menjimatkan ruang.


No comments:

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.