Monday, May 12, 2008

Gadget atau Widget


Gadget atau Widget

Ingat Inspector Gadget? Go, go Inspector Gadget dengan pelbagai peralatan yang dicipta untuk membantunya memberkas penjenayah.

Gadget atau Widget dalam blog (atau dalam laman web) membantu intraksi sesuatu laman itu dengan laman lain, fasiliti dan sebagainya.

Ada pelbagai gadget yang boleh di-download-kan secara percuma atau dengan bayaran yang berpatutan. Antara gadget yang menjadi pilihan ramai untuk laman blog ialah;

*Kalendar,
*Jam Waktu,
*Visitor Counter
*Visitor Trekker
*Comment Trekker
*Buku Pelawat
*Pautan atau links kepada laman permainan, kuiz, dan sebagainya.

Ada gadget yang boleh di-download terus. Ada gadget yang memerlukan pendaftaran. Sekiranya gadget ini memerlukan pendaftaran, disyorkan anda menghadkan satu alamat email untuk satu laman blog sahaja. Ini kerana ada gadget yang tidak boleh dikongsi untuk dua laman blog terutama gadget yang melibatkan pengesanan penghujung (visitor trekker), comment dan sebagainya.

Kebanyakan gadget terutama yang percuma meletakkan iklan sebagai pada gadget mereka. Anda kena berhati-hati dengan iklan yang ditawarkan kerana ada iklan-iklan yang mungkin tidak bersesuaian dengan kepercayaan atau pendirian anda.

Hampir semua pemilik gadget ini meletak syarat supaya tidak diubahsuai HTML Code mereka. Tetapi anda mungkin memerlukan satu dua basic HTML Code untuk menyesuaikannya dengan laman blog anda.

Bagaimana untuk mendapatkan gadget ini?

Cara mudah ialah melawat laman-laman blog atau web yang ada, dan anda boleh klik pautan yang tertera pada gadget-gadget itu.

Cara lain ialah dengan menaip beberapa keyword berkaitan dengan gadget yang diperlukan dalam mana-mana kotak pencarian Search Engine.

Saya juga menyenaraikan beberapa links gadget-gadget ini di ruang sebelah kanan laman ini.

Anda juga harus ingat, gadget akan mencantikkan laman blog anda tetapi pada masa yang sama akan ”menyemakkan” ruang-ruang yang sedia ada. Penggunaan gadget yang melampau juga akan memperlahankan proses penjelmaan laman anda di skrin komputer.

1 comment:

infogue said...

artikel anda bagus dan menarik, artikel anda:
http://gadget-ponsel.infogue.com/
http://gadget-ponsel.infogue.com/gadget_atau_widget

anda bisa promosikan artikel anda di www.infogue.com yang akan berguna untuk semua pembaca. Telah tersedia plugin/ widget vote & kirim berita yang ter-integrasi dengan sekali instalasi mudah bagi pengguna. Salam!

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.