Thursday, May 29, 2008

Blog sebagai pengganti newsletter




Blog sebagai pengganti newsletter

Secara kebetulan di mana sahaja saya bekerja, saya diamanahkan oleh pihak pengurusan untuk mengendalikan penerbitan majalah dalaman (in-house magazine). Mungkin pengalaman saya pernah bekerja sebagai editor, layout artis dan penguji motosikal di majalah Roda-Roda (1986-1989) menarik minat mereka ini untuk menawarkan saya menerbitkan majalah dalaman.

Semasa di Silverstone, Taiping umpamanya, saya mengendalikan tiga penerbitan iaitu; majalah kilang (in-house magazine; Bulletin Silverstone), sebaran kualiti dan juga sebaran OSH. Malah saya juga wakil Silverstone untuk sidang penerbitan Lion Today, satu majalah bulanan Kumpulan Lion di Malaysia.

Ucapan terima kasih saya kepada En. Jamil Hashim, Pengurus Kejuruteraan Industri yang memberi kepercayaan kepada saya sebagai wakil dari syarikat Silverstone untuk sidang pengarang majalah Lion Today ini. Kesemua wakil dari anak-anak syarikat lain dalam Kumpulan Lion adalah berjawatan Pengurus sedangkan saya ketika itu hanya juruteknik Kejuruteraan Industri. Malah En. Jamil juga memberi pinjam Vitaranya untuk saya menghadirkan mesyuarat di Kuala Lumpur yang dipengerusi sendiri oleh Pengerusi Kumpulan Lion iaitu Tan Sri William Cheng!.

Semasa di industri terakhir iaitu Tasek Cement di Ipoh, sebelum melangkah ke bidang akademik sekarang ini, saya memperkenalkan majalah dalaman dalam dua versi. Versi pertama masih lagi secara konvensional iaitu helaian bercetak dan versi kedua dalam bentuk pdf di mana lebih kepada penjimatan sumber bahan bercetak (paperless).

Kini, saya dalam peringkat perbincangan dengan dekan saya (Kolej Sastera & Sains, Bangunan Perkembangan Sosial & Manusia) untuk mengendalikan kelas penerbitan majalah kepada pelajar-pelajar yang menjadi ahli kelab-kelab keusahawanan. Saya ingin cadangkan penggunaan blog sebagai medium utama. Di samping itu perlu ada bahan-bahan bercetak tetapi bukan untuk edaran, hanya untuk paparan di papan-papan kenyataan yang terletak di tempat-tempat strategik yang menjadi tumpuan atau laluan pelajar-pelajar ini.

Marilah sama-sama kita manafaatkan teknologi elektronik (manafaatkan blog) dan pada masa marilah kita bersama-sama menjaga alam persekitaran kita

No comments:

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.