Sunday, May 11, 2008

To blog or Not to blog

To blog or Not to blog.

Mengapa mahu memblog? Apakah memblog semata-mata “syok sendiri”? Atau memblog untuk menzahirkan ketidakpuashatian yang selama ini terbendung di dalam hati?

Ada pelbagai alasan dan pendirian untuk memblog. Anda boleh memblog menggunakan apa jenis bahasa malah dialek dan loghat. Bagaimanapun saya amat berterima kasih kepada mentor saya dalam dunia blog ini iaitu Pak Adib yang saya mengenalinya melalui blog beliau semenjak tahun 2004 lagi. Pak Adib yang sudah 10 tahun memblog banyak menasihati saya dalam penggunaan bahasa dan tertib memblog ini. Rujuk posting Pak Adib dengan tajuk; To blog or Not to blog (klik di sini).

Seorang lagi yang anggap mentor saya dalam dunia blog ini ialah Anasalwa dengan blog Funny Accent.

Mengapa saya memblog?

Kebetulan saya pernah bekerja sebagai wartawan majalah kenderaan pada pertengahan 80an. Dan hobi saya pula mengembara hinggakan pernah menjejaki kaki ke sempadan Tibet melalui jalan darat. Ke mana saya pergi biasanya ada catatan dan juga sekeping dua gambar sebagai kenangan. Mulanya sekadar berbual sesama rakan mengenangkan siri-siri pengembaraan ini akhirnya terasa untuk menzahirkannya dalam bentuk blog.

Begitu juga dengan blog OSH saya. Kekurangan bahan dan perbincangan isu semasa mencetuskan saya untuk menzahirkan blog OSH ini.

Apa sahaja alasan dan pendirian anda untuk memblog, bloglah dengan penggunaan bahasa dan tertib yang sebaik mungkin. Anda juga mesti bertanggung-jawab dengan apa yang anda blogkan.

lukmanw@uum.edu.my

No comments:

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.