Copyright atau Hak Cipta
(Artikel Pak Adib, To Blog or Not To Blog, dan artikel Hasbulah Pit (Sebol), Komentar Terkini Dalam Bahasa Malaysia telah saya dapat kebenarannya sebelum menyiarkan dalam blog ini, begitu dengan penyataan dari Marsli N.O dalam kedua-dua blognya, Tanah-Air-Api-Angin dan Satira+Kacau, Lukman)
Penulisan blog, gambar yang ditangkap dan lukisan yang dihasilkan oleh blogger adalah dianggap harta intelek (intellectual property atau IP) hak milik mutlak blogger atau penulis itu sendiri. Medium harta intelek ini meliputi hardcopy (bercetak), sofycopy (internet), electronic (filem, tv dan sebagainya), produk (barangan dan perkhidmatan), persembahan dan lain-lain lagi.
Oleh itu sebagai blogger yang berhemah, beretika dan beradab sopan yang bukan sahaja bertanggungjawab dengan apa yang dihasilkan dalam blognya, blogger juga perlu memahami dan menghormati pemilik-pemilik harta intelek ini.
Terdapat pelbagai sumber dalam internet. Ada sumber terbuka seperti laman web berasaskan berita dan sumber terhad seperti laman web atau blog peribadi. Memandailah dicatatkan sumbernya jika memetik apa-apa bahan dari sumber terbuka ini bergantung kepada penyataan yang ada. Tetapi untuk laman web atau blog peribadi, setiap blogger perlu membaca penyataan yang biasanya dipamerkan di laman utama laman web dan blog peribadi ini.
Kebanyakan pemilik-pemilik laman web dan blog peribadi ini membenarkan karya atau penulisan mereka dipetik semula (cut and paste) jika bertujuan untuk rujukan dan bukannya untuk perniagaan atau aktiviti yang berasaskan keuntungan. Bagaimanapun biasanya mereka ini mensyaratkan agar dicatatkan sumber rujukan yang dibuat supaya mudah penghujung-penghujung lain mengetahui sumber asal.
Sekiranya mereka tidak membenarkan sebarang petikan semula, blogger-blogger hendaklah menghormati pendirian mereka ini. Jika tidak, pembuatan tidak bertanggungjawab ini dipanggil plagiat sama seperti mencuri.
Malah ada yang mengenakan peraturan yang ketat iaitu tidak dibenarkan membuat link, menghantar gambar, dan sebagainya. Rujuk Forum Rules; Penang Talk, yang dikendalikan oleh seorang rakan saya, bekas peguam yang juga bekas pelumba rally 60an.
Kesimpulannya, sentiasalah menghormati hak milik harta intelek ini.
Keterangan lengkap mengenai harta intelek dan perundangan yang berkaitannya di Malaysia boleh dirujuk di laman web wikipedia. Klik di sini untuk link terus ke artikel (posting) berkaitan.
No comments:
Post a Comment