Monday, May 26, 2008

Bisness di alam siber dan tanpa kedai

Bisness di alam siber dan tanpa kedai

Blog ini (manafaatblog) dihasilkan setelah ramai kawan-kawan saya (rakan sekerja dan kenalan lain) yang meminta nasihat untuk menghasilkan blog mereka sendiri. Salah seorang daripadanya ialah kenalan di Taiping yang mengendalikan perniagaan insuran, gubahan bunga dan pelbagai hadiah. Pada mulanya saya ingin mengajarnya secara bersemuka tetapi masa tidak mengizinkan, semoga beliau dapat mempelajari sedikit sebanyak melalui blog ini.

Saya tertarik dengan blog di bawah iaitu; "riqzmiecreation" yang dimiliki oleh Yati Salem. Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak, Yati menafaatkan blognya sebagai peluang perniagaan. Malah Yati juga menggunakan blog sebagai periklanan dengan menawarkan saling-mengiklankan banner atau link blog masing-masing.

Inilah yang dikatakan manafaatkan blog. Semoga rakan-rakan saya di group listing Warga Kilang mencontohi Yati Salem dengan blognya; "riqzmiecreation" ini.


http://riqzmiecreation.blogspot.com/

1 comment:

salmahkecoh said...

hi than to visit my blog! can we exchange our banner/link..if u done please inform me ,i will do the same thing ..thank

http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.