Thursday, May 29, 2008

Blog sebagai pengganti newsletter




Blog sebagai pengganti newsletter

Secara kebetulan di mana sahaja saya bekerja, saya diamanahkan oleh pihak pengurusan untuk mengendalikan penerbitan majalah dalaman (in-house magazine). Mungkin pengalaman saya pernah bekerja sebagai editor, layout artis dan penguji motosikal di majalah Roda-Roda (1986-1989) menarik minat mereka ini untuk menawarkan saya menerbitkan majalah dalaman.

Semasa di Silverstone, Taiping umpamanya, saya mengendalikan tiga penerbitan iaitu; majalah kilang (in-house magazine; Bulletin Silverstone), sebaran kualiti dan juga sebaran OSH. Malah saya juga wakil Silverstone untuk sidang penerbitan Lion Today, satu majalah bulanan Kumpulan Lion di Malaysia.

Ucapan terima kasih saya kepada En. Jamil Hashim, Pengurus Kejuruteraan Industri yang memberi kepercayaan kepada saya sebagai wakil dari syarikat Silverstone untuk sidang pengarang majalah Lion Today ini. Kesemua wakil dari anak-anak syarikat lain dalam Kumpulan Lion adalah berjawatan Pengurus sedangkan saya ketika itu hanya juruteknik Kejuruteraan Industri. Malah En. Jamil juga memberi pinjam Vitaranya untuk saya menghadirkan mesyuarat di Kuala Lumpur yang dipengerusi sendiri oleh Pengerusi Kumpulan Lion iaitu Tan Sri William Cheng!.

Semasa di industri terakhir iaitu Tasek Cement di Ipoh, sebelum melangkah ke bidang akademik sekarang ini, saya memperkenalkan majalah dalaman dalam dua versi. Versi pertama masih lagi secara konvensional iaitu helaian bercetak dan versi kedua dalam bentuk pdf di mana lebih kepada penjimatan sumber bahan bercetak (paperless).

Kini, saya dalam peringkat perbincangan dengan dekan saya (Kolej Sastera & Sains, Bangunan Perkembangan Sosial & Manusia) untuk mengendalikan kelas penerbitan majalah kepada pelajar-pelajar yang menjadi ahli kelab-kelab keusahawanan. Saya ingin cadangkan penggunaan blog sebagai medium utama. Di samping itu perlu ada bahan-bahan bercetak tetapi bukan untuk edaran, hanya untuk paparan di papan-papan kenyataan yang terletak di tempat-tempat strategik yang menjadi tumpuan atau laluan pelajar-pelajar ini.

Marilah sama-sama kita manafaatkan teknologi elektronik (manafaatkan blog) dan pada masa marilah kita bersama-sama menjaga alam persekitaran kita

Menukar waktu Malaysia

Menukar waktu Malaysia

Banyak blog di Malaysia yang masih menggunakan waktu GMT+0, sedangkan waktu di Malaysia ialah GMT+8. Bagi hosting yang tidak menggunakan waktu GMT, terdapat bandar-bandar sebagai rujukan. Jika Kuala Lumpur tiada dalam senarai, bolehlah menggunakan Singapore sebagai bandar rujukan.

Berikut adalah cara menukar waktu dalam "Shoutmix".

Log in dalam akaun anda.


Masuk ke dalam ruangan 'Settings".

Klik pada "Date & Times".

Tukar ke "Singapore". (Tiada bandar rujukan untuk Kuala Lumpur!)

Akhir sekali klik "Save Settings".

Wednesday, May 28, 2008

Manafaatkan sepenuh ruang di Ruangan Sisi (Side Bar)

Manafaatkan sepenuh ruang di Ruangan Sisi (Side Bar)

Ruangan Sisi (Side Bar) yang ada pada template telah ditetapkan oleh hosting blog masing-masing. Bagaimanapun gadget-gadget yang ditambah terutama yang menggunakan rangka (frame) boleh diubahsuai supaya memenuhi ruangan ini.

Sebagai contoh penggunaan ”Shoutbox”.

Ini adalah script HTML code standard dengan menggunakan kelebaran size (width=”160”).



Manakala di bawah ini script HTML code standard dengan menggunakan kelebaran size (width=”160”), dengan tambahan scritp HTML code; center. Masih lagi terdapat ruangan kosong di kiri dan kanan kotak “shoutbox” ini.



Akhir sekali, bawah ini script HTML code ubahsuai dengan menggunakan kelebaran size (width=”220”), dengan tambahan scritp HTML code; center. Harus diingatkan, template berbeza dengan hosting yang sama atau hosting berbeza mempunyai saiz kelebaran yang berbeza. Anda boleh mencuba-cuba (trial and error) untuk mendapatkan saiz yang sesuai.


*Contoh di atas adalah berdasarkan blog; http://izzuddin8084.blogspot.com/. Untuk mendapatkan "shoutbox" ini sila lawat, daftar dan dapatkan akaun anda dari www.shoutmix.com. Jangan lupa ubah waktu ke GMT+8, atau pilih lokasi Malaysia/Kuala Lumpur, jika tiada, pilih Singapore.


Blog Ilmiah, Penanaman dan Perniagaan Cendawan dan Kulat



Blog Ilmiah, Penanaman dan Perniagaan Cendawan dan Kulat

Antara manafaat blog yang boleh dikongsi ramai ialah penanaman dan perniagaan cendawan dan kulat. Terdapat banyak laman-laman blog di mana pemiliknya bersedia untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman menanam cendawan dan kulat ini. Di samping itu mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini boleh mendapatkan benih dan peralatan penanaman dari pengusaha-pengusahan cendawan dan kulat ini.

Antara blog-blog yang berkaitan dengan penanaman dan perniagaan cendawan dan kulat ini ialah;

*Kulat Enterprise

Tuesday, May 27, 2008

Usability; manafaat atau kebolehgunaan?

Usability; manafaat atau kebolehgunaan?

Manafaatkan blog dengan perkataan “manafaat” boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sebagai “usability”. Hasbulah Pit dalam blognys;
Sebolku, telah menterjemahkan “usability” sebagai “kebolehgunaan”.

Hasbulah melihat “usability” ini dari sudut pandangan politik dengan postingnya yang bertajuk; Ke Arah "Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia".

Mari kita lihat “usability” ini dari sudut yang lebih terbuka.

Berikut adalah bahan bacaan yang boleh dikongsi;

* Ke Arah "Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia" #1
* Blog Usability: Top 10 Weblog Design Mistakes
* Twenty Usability Tips for Your Blog
* 10 Ways to Increase Blog Usability Performancing.com
* A Study of Blogs and Usability .
* The Blog Usability Checklist
* The Ultimate Guide to Blog Usability: 36 Tips and Resources

Blog anda dipantau

Monday, May 26, 2008

Bisness di alam siber dan tanpa kedai

Bisness di alam siber dan tanpa kedai

Blog ini (manafaatblog) dihasilkan setelah ramai kawan-kawan saya (rakan sekerja dan kenalan lain) yang meminta nasihat untuk menghasilkan blog mereka sendiri. Salah seorang daripadanya ialah kenalan di Taiping yang mengendalikan perniagaan insuran, gubahan bunga dan pelbagai hadiah. Pada mulanya saya ingin mengajarnya secara bersemuka tetapi masa tidak mengizinkan, semoga beliau dapat mempelajari sedikit sebanyak melalui blog ini.

Saya tertarik dengan blog di bawah iaitu; "riqzmiecreation" yang dimiliki oleh Yati Salem. Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak, Yati menafaatkan blognya sebagai peluang perniagaan. Malah Yati juga menggunakan blog sebagai periklanan dengan menawarkan saling-mengiklankan banner atau link blog masing-masing.

Inilah yang dikatakan manafaatkan blog. Semoga rakan-rakan saya di group listing Warga Kilang mencontohi Yati Salem dengan blognya; "riqzmiecreation" ini.


http://riqzmiecreation.blogspot.com/

Wednesday, May 21, 2008

Anasalwa, mengapa saya memblog?


Mengapa saya memblog?

Saya sudah menyiarkan kembali artikel yang ditulis oleh Pak Adib;
To Blog or Not To Blog dan dikategorikan dalam tajuk; Mengapa saya memblog?

Saya sudah menjemput beberapa blogger untuk menulis artikel dengan tajuk yang sama (Mengapa Saya Memblog?) supaya boleh dikongsi dan dimanafaatkan oleh penghujung-penghujung ke blog ini.

Berikut adalah dari blogger;
Anasalwa yang kini menetap di US. Saya tertarik dengan intergriti dan prinsip pemilikan harta intelek (intellectual property atau IP) yang diamalkan oleh Anasalwa.

Sebagai contoh pada awal 2000an beliau menghantar email kepada saya meminta kebenaran untuk menggunakan gambar yang saya tangkap (gambar asam keping asam gelugor) yang disiarkan di dalam sebuah laman web untuk disiarkan semula di dalam
blognya.

Antara lain juga, di dalam salah
satu postingnya, Anasalwa meminta keizinan terlebih dahulu sebelum mengambil gambar seorang wanita yang duduk kelesuan di sebuah bangku di stesen keretapi tanpa mengetahui sebenarnya wanita tersebut adalah seorang yang cacat pengelihatan.

Anasalwa juga berasal dari Taiping dan kebetulan beliau adalah salah seorang senior saya semasa bersekolah menengah.

From Anasalwa (
http://funnyaccent.typepad.com/)

As long as I remember, I've always enjoyed writing. I've always carried a spiral note book with me and I would write anything that I intrigued me. I began to have my own blog five years ago when I discovered Type Pad offered a free template and space that had the same concept as writing a journal. It took me a couple of days to consider to publish my first blog to public.

As I began to enjoy writing about my daily experiences as a Malay woman living in US, I find myself getting more cautious to write about my personal issues that I felt I didn't want to share with public, but at the same time I wanted to share my disappointments, my joys and my point of views of issues that I passionate about.

As I was getting comfortable writing my thoughts and actions in my blog, I began to experiment my writings by putting down my thought about religion, culture and negative attitude and habit of the people I know well. What amazed me was the negative reactions (Malay readers) I received were not written in a comment section, but they sent me emails instead. I never responded to any of these emails who called me names because of my life styles they didn't approve.

From the beginning when I decided to write the blog, I was fully aware that I wanted to write for myself and not to please anybody. Some people might like my thought and action, some people might hate me for who I was and who I have become. And it was fine with me and it still is. But at the same time, I am responsible for the actions and the words that I write.

I cannot make assumption about anything or anybody just by reading their blogs, but I cannot stop people from making assumption about me.

I am the product of my environment, my life experiences and the way my parents brought me up have molded and shaped me to become who I am today.

I think all of us have our ways to do a good deeds and spread the kindness and intentions, and blogging is the easiest way to do it.

Anasalwa
http://funnyaccent.typepad.com/

Just one question to you. Why you pick name of Funny Accent as your blog’s name? - Lukman

Thursday, May 15, 2008

Gadget Waktu Sholat mengikut kawasan pilihan

Gadget Waktu Sholat mengikut kawasan pilihan.

Gadget ini saya pertama kali lihat di blog Dr. Tokasid tengah malam semalam, sebenarnya awal pagi jam 1.00. Seperti kebiasaan, jika saya tidak dapat melelapkan mata, saya buka internet.

Gadget ini boleh didapati dari Waktu Solat Net. Kelebihannya ialah membolehkan penghujung menukar kawasan waktu sholat dengan mengelik butang Tukar Kawasan.

Bagaimanapun saya telah mencuba gadget ini dan mendapati terdapat kesilapan kepada skripnya. Gadget ini boleh dipaparkan di halaman blog tetapi terdapat mesej yang akan pop-up apabila laman blog dibuka. Rujuk seperti gambar kedua.

Mungkin anda perlu tunggu sehingga skrip HTML Code ini diperbaiki semula oleh pengendali Waktu Solat Net.



Wednesday, May 14, 2008

Bina ruang simpanan data (Bhg. 3)

Bina ruang simpanan data (Bhg. 3)

11. Paste-kan URL Address dalam ruangan yang berkenaan. Namakan file anda ini dan klik butang Save Changes.


12. Klik pada butang Save dan diikuti butang View Blog.

14. Anda boleh melihat hasilnya seperti berikut. Anda boleh menyusun kedudukan ruangan ini secara drag-and-hold mouse serta bawa ke tahap yang anda suka.

Bina ruang simpanan data (Bhg. 2)

Bina ruang simpanan data (Bhg. 2)

6. Right click (mouse) dan klik pada Properties.


7. Klik pada butang URL.


8. Klik and Copy URL Address ini.

9. Pergi ke laman blog anda. Klik pada butang Customize, seterus klik pada butang Add A Page Element.


10. Klik pada butang Link List.

Bersambung ke Bhg. 3

Bina ruang simpanan data (Bhg. 1)

Bina ruang simpanan data (Bhg 1)

1. Saya memilih Fileden untuk menyimpan data-data yang membolehkan penghujung blog OSH saya men-download-kannya seperti Nota, Tugasan dan sebagainya. Masuk laman web Fileden, daftar dan log-in. Kemudian klik butang Upload.


2. Klik butang Browse. Klik butang Add More Files, jika anda hendak upload lebih dari satu file.


3. Pilih dari mana anda simpan file (internal hardisk atau external seperti thumbdrive)

4. Klik butang Upload Files.


5. Selepas proses upload selesai, anda boleh terus dapatkan URL address dengan klik butang Direct URLs ataupun klik butang FILES untuk melihat semua file-file yang telah di-upload.

Bersambung ke Bhg. 2

Material untuk download

Material untuk download

Semasa saya menuntut di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di USM, seorang pensyarah saya dalam subjek Rekabentuk Kejuruteraan Berkomputer (ACAD) iaitu satu-satunya subjek yang saya suka (malah mampu mendapat markah tertinggi), telah menyediakan satu halaman web HTML untuk meletakkan semua nota dan tugasan untuk pelajar-pelajar. Saya difahamkan kini ramai pensyarah-pensyarah USM (dan juga UiTM) menggunakan blog sebagai tapak interaksi dengan pelajar-pelajar.

Minggu lepas saya mengajar dua kelas berbeza (kursus awam BCM dan kursus ERP untuk Safety and Health Officer) dengan tajuk kursus yang hampir sama. Ada beberapa nota tambahan dan juga presentation slide saya yang ingin diedarkan kepada peserta-peserta yang hadir. Saya menggunakan blog OSH saya sebagai tapak storage nota-nota tambahan ini.

1. Pergi ke laman blog yang menyediakan tapak storage yang berkenaan. Sebagai contoh laman blog OSH saya. Right click (mouse) pada tajuk nota tambahan yang dikehendaki.


2. Klik pada Save Target As. Jangan klik Open kerana ianya mengambil masa terutama jika anda menggunakan perkhidmatan dial-up.


3. Save in - dalam mana-mana folder atau thumbdrive anda. Dan klik Save.

4. Akhir sekali anda boleh buka file ini dari folder atau thumb drive anda. Biasanya saya menyimpan file-file dalam blog saya dalam file pdf untuk menjimatkan ruang.


Copyright atau Hak Cipta





Copyright atau Hak Cipta

(Artikel Pak Adib, To Blog or Not To Blog, dan artikel Hasbulah Pit (Sebol), Komentar Terkini Dalam Bahasa Malaysia telah saya dapat kebenarannya sebelum menyiarkan dalam blog ini, begitu dengan penyataan dari Marsli N.O dalam kedua-dua blognya, Tanah-Air-Api-Angin dan Satira+Kacau, Lukman)

Penulisan blog, gambar yang ditangkap dan lukisan yang dihasilkan oleh blogger adalah dianggap harta intelek (intellectual property atau IP) hak milik mutlak blogger atau penulis itu sendiri. Medium harta intelek ini meliputi hardcopy (bercetak), sofycopy (internet), electronic (filem, tv dan sebagainya), produk (barangan dan perkhidmatan), persembahan dan lain-lain lagi.

Oleh itu sebagai blogger yang berhemah, beretika dan beradab sopan yang bukan sahaja bertanggungjawab dengan apa yang dihasilkan dalam blognya, blogger juga perlu memahami dan menghormati pemilik-pemilik harta intelek ini.

Terdapat pelbagai sumber dalam internet. Ada sumber terbuka seperti laman web berasaskan berita dan sumber terhad seperti laman web atau blog peribadi. Memandailah dicatatkan sumbernya jika memetik apa-apa bahan dari sumber terbuka ini bergantung kepada penyataan yang ada. Tetapi untuk laman web atau blog peribadi, setiap blogger perlu membaca penyataan yang biasanya dipamerkan di laman utama laman web dan blog peribadi ini.

Kebanyakan pemilik-pemilik laman web dan blog peribadi ini membenarkan karya atau penulisan mereka dipetik semula (cut and paste) jika bertujuan untuk rujukan dan bukannya untuk perniagaan atau aktiviti yang berasaskan keuntungan. Bagaimanapun biasanya mereka ini mensyaratkan agar dicatatkan sumber rujukan yang dibuat supaya mudah penghujung-penghujung lain mengetahui sumber asal.

Sekiranya mereka tidak membenarkan sebarang petikan semula, blogger-blogger hendaklah menghormati pendirian mereka ini. Jika tidak, pembuatan tidak bertanggungjawab ini dipanggil plagiat sama seperti mencuri.

Malah ada yang mengenakan peraturan yang ketat iaitu tidak dibenarkan membuat link, menghantar gambar, dan sebagainya. Rujuk Forum Rules; Penang Talk, yang dikendalikan oleh seorang rakan saya, bekas peguam yang juga bekas pelumba rally 60an.

Kesimpulannya, sentiasalah menghormati hak milik harta intelek ini.

Keterangan lengkap mengenai harta intelek dan perundangan yang berkaitannya di Malaysia boleh dirujuk di laman web wikipedia. Klik di sini untuk link terus ke artikel (posting) berkaitan.


Komentar Terkini Dalam Bahasa Malaysia



Komentar Terkini Dalam Bahasa Malaysia

Dipetik dari laman Blog Hasbulah Pit, http://sebolku.blogspot.com/. (Klik di sini untuk link terus ke artikel (posting) berkenaan.)

Tuesday, May 13, 2008

Cara Upload Photo (Bhg. 3)

Cara Upload Photo (Bhg. 3)

11. Paste-kan URL address itu ke dalam petak kosong Add An Image From The Web. Diikuti butang Upload Photos.


12. Pastikan anda telah set-kan lebih awal kamera digital anda untuk mendapatkan photo size kurang dari 200KB. Bagaimanapun anda boleh resize-kan photo jika anda telah menangkap photo dengan size yang besar (untuk tujuan printing dan sebaagainya). Saya menggunakan program ACDSee 9.0 untuk prose resize photo. Anda perlu highlight photo (atau photo-photo) yang hendak di-resize dan klik butang Batch Rezise Image.


14. Masukkan peratusan resize yang diperlukan. Klik butang Start Resize dan anda akan dapat photo yang telah di-resize-kan.


Jika anda memerlukan storage yang besar untuk photo-photo anda dan juga file-file lain, keterangan di bawah mungkin boleh membantu;

Can I pay to keep more of my photos on Flickr?

Absolutely! Upgrade to a Pro Account for just US$24.95 a year. Here's what you'll get with a Pro Account:

1. Unlimited photo uploads (20MB per photo)
2. Unlimited video uploads (90 seconds max)
3. Unlimited storage
4. Unlimited bandwidth
5. Unlimited photosets
6. Archiving of high-resolution original images
7. The ability to replace a photo
8. Post any of your photos or videos in up to 60 group pools
9. Ad-free browsing and sharing
10. View count and referrer statistics

Compare that to what you get with a Free Account:

1. Limted 100 MB monthly upload limit (10MB per photo)
2. Photostream views limited to the 200 most recent images
3. Post any of your photos in up to 10 group pools
4. Only smaller (resized) images accessible (though the originals are saved in case you upgrade later)

Cara Upload Photo (Bhg. 2)

Cara Upload Photo (Bhg. 2)

6. Pilih sumber photo anda di simpan (thumb drives, etc.) dan klik Open.


7. Klik butang Add Mores, jika anda ingin upload lebih dari satu photo. Apabila selepas klik butang Upload Photos.


8. Apabila selesai proses upload, klik butang You (Pop up menu) dan klik Your Photostream.


9. Bawa pointer mouse ke dalam petak photo yang anda telah upload dan kemudian klik bahagian kanan pada mouse anda, diikuti butang Properties (dalam Pop-up menu).

10. Klik dan higlight URL address ini.

Sambung ke Bhg. 3

Cara Upload Photo (Bhg. 1)

Cara Upload Photo (Bhg. 1)

Anda disyorkan upload photo dengan bersaiz 50kb - 200kb sahaja. Storage untuk host blogspot ialah 1024MB (besar!) dan anda juga boleh menjimatkan ruang storage ini jika upload menggunakan URL dari mana-mana laman storage (contoh Flickr).

1. Klik pada ikon gambar.


2. & 3. Klik butang Add Another Image, jika anda hendak upload lebih dari satu gambar. Terhad kepada lima gambar sahaja satu posting. Selepas upload, tentukan layout dan image size, diikuti dengan klik butang Upload Image.



4. Banyak laman menyediakan storage photos. Contohnya Flickr. Anda perlu daftar untuk dapatkan akaun percuma atau berbayar. Setelah selesai pendaftaran, buka laman akaun anda dan klik pada butang Upload Photos.

5. Kemudian klik butang Choose Photos

Sambung Bhg. 2

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.