Sunday, May 11, 2008

Manafaatkan Blog




Manafaatkan Blog

Saya orang baru dalam arena blog ini. Saya mula memblog (kalau ada istilah sebegini) semenjak Jun 2007 iaitu selepas meninggalkan dunia industri perkilangan dan memasuki bidang akademik yang memerlukan saya banyak menulis dan membuat kajian.

Alternatif saya akibat keletihan atau kelesuan akibat menulis dan membuat kajian akademik dengan memblog. Akhirnya sehingga kini saya ada mempunyai tiga blog. Blog pertama saya (The Journey) mengenai bidang kerjaya saya itu pengajaran OSH. Mulanya berumahkan weblog UUM tetapi saya pindahkannya pada Mac tahun ini ke Blogspot (OSH The Journey) yang lebih mesra pengguna.

Blog kedua saya (Orang Kecil Orang Besar) ialah diri saya yang satu lagi (the other side of me), di mana sebelum ini saya menumpangkannya di dalam blog OSH saya.

Blog ketiga saya pula ialah satu blog alumni saya (Izzuddin8084) semasa bersekolah menengah di Ipoh. Blog ini adalah atas permintaan sesama alumni sementelah hampir lima tahun kami berhubung melalui ”mailing list group”.

Kebelakangan ini banyak yang secara bersemuka dengan saya atau melalui email bertanyakan cara-cara untuk membuat blog. Malah ada yang meminta saya mengajar mereka. Secara jujur saya katakan saya hanya belajar dari ”trial and error” dan masih lagi ”saya budak baru belajar”!

Bagaimanapun saya ingin memgambil kesempatan melalui blog terbaru saya ini (Manafaat Blog) sebagai perantaraan untuk mereka yang berhasrat untuk menceburi diri sebagai blogger. Di samping berharap adanya blogger-blogger senior di luar sana sama-sama menyumbangkan kepakaran mereka untuk membantu blogger-blogger baru ini.

Seperti tertera pada description nama blog baru saya itu; Penyampai ilmu tidak semestinya pengajar. Sama-samalah kita belajar manafaatkan blog, saya dengan rendah diri ingin mengajak semua agar dapat manafaatkan blog masing-masing.

lukmanw@uum.edu.my

2 comments:

Unknown said...

Salam.... para blogger amatur (maksud bolgger amatur tu ialahlah blogger yg memblog bukan bertujuan 'cari makan'@ 'cari duit' hehehe)

Sekali lagi aku tabek kat kau lokman kerana rajin memyediakan blog 'panduan memblog' seperti ini. Tak ramai yg sanggup buat kerja2 macam ni. (... ini puji2an.... hehehe)

Kpd blogger amatur.... nasihat saya, bila menjadi seorang blogger, jgn terlalu ghairah untuk create blog. 1 atau 2 blog mungkin sudah mencukupi, bergantung kpd keperluan anda.

Kalau anda ada lebih dari 3 blog dlm 1 masa... saya gerenti potong jari (hakikatnye tak la nak potong jari) anda tak akan mampu menguruskan blog2 anda itu.

Maka adalah lebih sesuai jika anda kategorikan atau labelkan entry anda. Dengan cara ini kita akan senang utk menguruskan semua entry kita.

Itu nasihat saya saja... nak pakai, tak nak pakai tak kena saman pun... tapi hanya itulah yg dpt saya katakan setelah saya dapati saya tak mampu menguruskan 9 blog yg saya buat. Akhirnya... saya terpaksa pindahkan semua entry dan delete blog2 itu.

Sekarang saya cuma ada 3 blog... dan dlm proses menjadikannya 2 sahaja. satu hari nanti anda akan faham apa yg saya maksudkan... 'anda tak akan mampu uruskan blog2 anda', kerana kita hanyalah blogger amatur.

Contohnya macam blog ni la... dah lama tak update nampaknya... hehehe
(...ini sedikit kutukan ikhlas... hahaha)

Unknown said...

Thanks Saiful

Terima kasih kpd comment kau sebagai "veteran blogger".

Blog ini sebenarnya sebagai medium utk pelajar saya dlm menghasilkan blog dan juga kpd mereka yg berminat.

Skrg adalah masa face-to-face dlm kelas memblog. Disebabkan itu saya akan lama tak update blog ini.

Pada masa yang sama saya terpaksa mengantikan beberapa kelas kerana pensyarah yang sepatutnya terlibat dalam Induksi dan PTK.

Lukman

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.